Sunday 1 September 2013


ISTIQAMAH KAH NANTI?


Assalamualaikum..
Tak pandai lah nak berkias-kias dah le nim. (haha.. poyo je ;p)
Nak dijadikan cerita, baru-baru ni, ada sahabat tanya, macam mana nak buat kalau kita buat perubahan secara mendadak dan kerana seseorang, n seseorang tu lelaki.
Sentap lalu! Hehe..
Jadi, ni dia cara penyelesaiannya..
1.       Tanya diri, apa yang akan jadi kat aku kalau si dia yang mengubah aku tu pergi dari hidup aku satu hari nanti?( tak kira la dia tu meninggal or dah clash)
 Mampu ke aku istiqamah kalau aku berubah semata-mata sebab dia?

2.       Apa yang aku dapat kalau aku berubah sebab dia semata-mata?  Sedangkan kalau kita lakukan sesuatu tu niatnya kerana Allah, kita akan rasa kemanisannya. Kita akan rasa selamat, dan betapa nikmatnya bila melakukan sesuatu kerana Dia satu-satunya sang pencinta yang agung.

Peringatan untuk awak yang berubah secara drastic tu, n untuk diri yang hina ni juga..
a.       Cuba untuk istiqamah dengan perubahan diri yang kita dah buat tu.
b.      Rapatkan diri dengan mereka yang berilmu supaya kita tidak leka. Ingat.. syaitan tu tak kan berhenti hasut anak adam.
c.       Cari kata-kata semangat yang mampu menjadikan kita jadi lebih kuat menghadapi cabaran bila lakukan perubahan.
d.      Rajin-rajin la surf internet utk cari lagi cara untuk istiqamahkan diri.
e.      Ingat dosa-dosa yang pernah kita dah buat dulu tu perlu supaya kita sentiasa ingatkan diri supaya tak buat lagi perbuatan tu n rasa insaf dengan silap kita tu dulu.
Sebenarnya kan, kita kena juga berfikiran positif + bersyukur taw.  Kalau di fikirkan balik, kan dah kata, setiap kejadian yang Allah jadikan tu, ada hikmahnya tersendiri. Let’s think positif!
Allah dekatkan dia dulu tu untuk kita sebab Allah jadikan dia perantara untuk kita berubah jadi yang lebih baik dari dulu. N bila Allah pisahkan kita dengan dia tu sebab Allah nak kita rasa nikmatnya cintakan Allah lebih daripada cintakan makhluk ciptaan dia n nikmatnya bila berubah tu sebab Allah semata-mata.
“x boleh berenggang dengan Allah itu sweet! ;) “

Ni untuk awak yang membaca :




 Sekarang ni, pic ni jadi pic kat desktop aku.  Tampal la dekat mana-mana yang senang nak tengok supaya kita sentiasa beringat.
Maklumlah, manusia ni mudah lupakan.. hehe..
Ok lah, keep istiqamah ye J  wallahua’lam..

like3