Thursday 31 December 2015

2016. 22 tahun

Bismillahirrahmanirrahim..

Sejam je lg Insyaallah akn masuk tahun 2016.

Azam? Hmm..
1. Nk dpt kn Suci
2. Backpack to penang at least for 2 days.
3. Achieve half drpd star club.
4. Dakwah.

So.. first thing first,  aku dok fikir lg cam ne nak dpt kn suci ni. Dh la harga nya makin melambung. Haihh.. penat nk kejar kau nak oii.. hehe. Insyaallah..  pasti boleh.

2016 maknanya 22 tahun. Allah.. cpt nya masa berlalu. Aku kian dewasa, ibu ayah semakin tua. Allah.. panjangkan umur ibu ayah agar mereka boleh banyak beribadah kpd Mu.

Fasa seterusnya Insyaallah. 

Act, x tau nak luah apa. Semenjak dua menjak ni perasaan aku bercampur baur. ,

To awk! Moga azam thn lps tercapai.
Mohon jaga ht k.

Sincerely,
Mish Bear.
31.12.15
23:20


Friday 25 December 2015

Dear kamu.

Dear kamu..

Minta awk Jaga hati tu baik2.
Kita kt sini pon akn jaga jugak.

Minta awk jaga mata baik2.
Kita kt sini pon akn usaha utk jaga jugak.

Minta awk menjaga serba serbi.
Kita kn sini pon akn jaga from A to Z utk awk.

Maaf tak wish birthday semalam. Sy ingat tp sy ada sbb sndri kenapa buat cm ni.

So... sanah helwah awokk..
** dah umur. :)

"Yg baik utk yg baik, kalau Allah kata awk di dtg kn utk uji sy pun setidak2 nya perubahan awk kerana Nya".



26.12.2015.
10:05am.


Tuesday 8 December 2015

Qawiyy 💪

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah.. aku memohon kekuatan Mu.
Kuatkan aku dengan ujian2 Mu.

*nk pesan awal2 ni, x suka nk baca isi hati aku, sila klik button x di atas atau touch back button. Okbye.

Allah.. penghujung 2015 betul2 menguji aku. Menguji kekuatan iman aku pd nye.

Sungguh ya Allah.. aku rasa berat. Tapi aku selalu remind diri yg Kau x kn uji aku dgn ujian yg aku x boleh nk hadapi. Kan Allah kan? Hmm..

Nak berjaya bkn mudah. Semuanya kena mula dr bawah. Dan semuanya bermula dgn sikap diri sendiri.

Aku cuba utk jd kuat dihadapan semua org, tp aku tewas bila sendiri.
Aku cuba utk ketawa dpn org, tp blkg mereka, aku rasa sesak dgn masalah yg pelbagai.
Dan paling hebat, aku mampu selesaikan masalah org lain, aku mampu berikan nasihat & semangat, padahal aku sendiri sdg butuh kn seseorang utk beri aku kekuatan.

Allah...
Aku takut tergelincir kerana ujianMu...
Pinjamkan aku secebis kekuatanMu Rabb... :')

Allah.. berikan aku kekuatan.

Catatan hamba yang diuji,
00:39
6.12.15


Thursday 3 December 2015

2016.

Bismillahirrahmanirrahim.

2016. Kau akn jadi permulaan buat segalanya.

KeranaNya
RedhaNya
Kasih sayangNya
RahmatNya..

Allah.. mohon berbanyak2 mohon moga 2016 menjadi kn aku lebih baik, lebih sabar dgn ujian mu, lebih kuat jugak.

2015. Tahun yang tersangat mencabar. Alhamdulillah dia sudi mendengar. Setiap luahan, dibalas.

Terima kasih Allah..

13:20
5/12/15


Saturday 24 October 2015

Satu hari nnt...

Hot Chocolate

Posted on Oktober 23, 2015

Petir berdentum !

“Dum ! Dum ! Dum ”

Aku jadi kaget. Perutku berkeroncong.

Dari tadi meleper bagai tidak bertenaga.

Namun, harus aku gagahi,

Aku turun ke bawah,

Laju,

Bagai melompat satu dua anak tangga tidak jejak,

Aku pergi ke dapur. Mencari sesuap makanan untuk dijamah.

Alangkah kecewanya aku apabila mendapati,

rotiku sudah berkulat.

Seolah-olah hatiku ingin menjerit.

Arghhh !!!

Tetapi Allah Maha Kasih,

Dalam sekelip mata, Dia hadirkan aku sesuatu.

“Hot Chocolate ! ”

Aku pantas membukanya. Membacuhnya separuh rakus.

Dirasa dengan lidah.

“Arghh ! Sedikit tawar”

Pantas aku mencapai susu pekat manis,

Diambil sesudu dua,

“Hrmm sedap ”

Lupa akan Bismillah, aku terus menghirup,

Sekali, dua kali…

Kali ke tiga..

Aku jadi hairan ..

Hrmm

Siapa punya ini ?

“Hot Chocolate ini siapa punya ? ” Soal ku ?

Aku jadi rungsing. Hairan beserta takut !

Allah, ampunkan aku Allah. Aku tidak berniat. ! Ngumam ku

Aku mundar mandir ke hulu ke hilir mencari tuan punya Hot Chocolate ini.

Siapa punya ? Siapa punya ? Soal ku !

Namun tiada siapa yang menjawab.

Aku termenung sendirian.

Menyesal entah mengapa.

Hot Chocolate sahaja.

Bukan apa pun..

Argh !! Tiba-tiba,

Aku terbayangkan azab Allah,

Tubuh kurusku ini digilis api neraka,

Dek kerana daging haram yang tumbuh di badanku..

Aku semakin risau, peluh menitik,

Setitik, dua titik,

Bagai pelari pecut yang kepenatan,

Tercungap-cungap aku jadinya,

Tiba-tiba,

“Woi ! Siapa ambil Hot Chocolate aku ni ha ? ”

Aku lihat Azzam sedang dalam marah,

“Menurun tangga gaya Brock Lesnar”

Mukanya juga kelihatan lapar sepertiku,

“Aku-aku ! ” Aku pantas menjawab.

Dengan tidak semena-mena, muka Azzam terus berubah manis,

Aku jadi pelik.

“Zam, zam, kau ok tak ni ? ” Aku bertanya.

“Ok, apa tak ok nya … ”

“Kau ye, yang minum Hot Chocolate aku ni ? ” Tanya Azzam

“Maaf, Zam, Maaf, aku tak sengaja .. ”

“Aku ganti, serius aku ganti ” Jawabku dengan nada takut.

“Ops ! ”

“Apa kau ingat, aku boleh bagi kau senang-senang je ? ” hehehe

“Ada syaratnya … ” Jawab Azam dengan muka yang paling evil pernah aku lihat

“Apa ? ” Soalku

“Syarat pertama ! Kau tinggalkan awek kau ! ”

Gulp ! Aku menelan air liur !

Nusaibah ? Mana bisa aku meninggalkan kekasih pujaan hatiku itu !

“Arghhh !! Aku tak peduli ! ” Jawab Azzam.

Dan syarat yang kedua ..

“Kau mestilah mengikut aku ! ”

“Setiap minggu ! Wajib ! Tanpa miss ! ”

Boleh ? ! Sergah Azam..

Ha… ha… boleh-boleh …

Aku seperti orang gila.

Aku iyakan sahaja, permintaan Azzam.

Padahal bukan apa pun, Hot Chocolate cuma.

Kenapa kau mesti berkira ha zam ?

Aku menyepak, tong sampah kuat-kuat.

Dum.. !!!

Habis, sampah bertaburan.

Azzam tersenyum. Melirik manja diriku..

Seolah-olah dia punya muslihat yang besar.

Selamat Jalan Nusaibah

Nusaibah, gadis itu.

Gadis pertama yang membuatkan hatiku tertawan tatkala meminjakkan kaki ke bumi Urdun ini,

Dia peramah, riang, ceria, sopan orangnya,

Bertubuh sederhana, berkaca mata, mempunyai rona mata yang sayup.

Uhh.. Siapa yang tidak tertawan.

Ayu, berbaju kurung lagi ~

Baik agama, baik akhlaknya,

Memang sukar untuk aku tinggalkan.

Aku tidak mengerti,

Kenapa kerana Hot Chocolate,

Aku perlu tinggalkan dia ?

Arghh !!!

Jiwa kecilku memberontak.

Setiap kali memandang Nusaibah di kelas,

Aku jadi sedih,

Tidak sanggup untuk ku pandang lama-lama,

Hrmm…

Aku masih ingat,

Hari itu hari Isnin,

Aku nekad.

Selalunya sebelum subuh, aku akan mesej Nusaibah untuk bangunkan dia dari tidur,

Err.. tapi selalunya dia yang bangunkan aku dulu,

Tretetttetetet..

Bunyi mesej masuk,

Aku terjaga,

Mataku berpinar-pinar,

Antara nampak atau tidak,

Iris mataku mula membesar,

Membiasakan diri antara gelap dan cahaya telefon pintar S2 ku.

“Maafkan saya awak. Nampaknya sampai di sini sahaja perhubungan kita ”

Yang Benar, Nusaibah

Fuiiyyyooo ! Aku seakan-akan mahu menjerit !!!

Walaupun aku sedih, tetapi hati kecilku gembira,

gembira yang amat !

Janji pertamaku terhadap Azam sudah tertunai !

Janji ke dua !

Mak ai… !

Perkumpulan apa ni ?

Dalam taman pulak tu.

Macam Girl !

Tapi…..

Aku lihat semua orang gembira.

Tak la skema sangat diorang semua ni,

pakai baju Paddini dan jeans,

sama je macam aku..

Diorang nak buat apa ni ?

Kumpul ramai-ramai…

Baca Al Quran, beri pengisian,

Lepas tu,

Kami berkenalan …

Sampai satu, kemudian satu,

Kini tibalah giliranku,

Aku memperkenalkan diri.

Nama aku Raed !

Mereka menyambutku dengan gembira,

Macam nak sambut bayi baru lahir pula …

Cuma ada satu perkara yang membuatkan aku pelik ?

Bukan perkara actually, tapi perkataan,

Welcome to the club akh !

Akh ? Apa menatang tu ?

Nama ana, akh Raed

Kini sudah hampir 10 minggu aku duduk dalam perkumpulan itu,

Hrmm. actually bukan perkumpulan pun,

Diorang panggil usrah, tapi Naqib aku kata bulatan gembira, so aku pun layan la.

Aku rasa best pula ikut Azzam ni.

Dah la dapat ilmu, dapat kawan pula tu,

Aishh.. aku rasa, hati aku makin tenang.

Aku mula lupakan Nusaibah sikit-sikit.

Actually, rindu juga la..

Tapi, tak apa…

I am a new man,

They called me, AKH RAED !

And, benda yang paling best kalau korang nak tahu pasal usrah aku ni,

Hrmm

Off Cozlah ukhuwah antara kitorang.

Sweet kot~

Couple dengan Nusaibah pun tak sweet macam tu,

Korang bayangkan, group usrah aku ni selalu pergi pantai kalau tension-tension,

And, kitorang main tiup-tiup belon sabun.. !

Ouchh ! Girly ! But yet so meaningful !

Aku jadi gembira.

Aku lebih dekat pada Ilahi.

Hot Chocolate

Since, kejadian Hot Chocolate tempoh hari,

Azzam telah jadi best friend aku,

Entahla,

Aku pun tak tahu kenapa.

Aku ingat lagi, satu hari tu,..

When our agreement officially finished

Azzam panggil aku,

He said, macam ni. Aku pun ingat-ingat lupa. Sorry guys.

Dengan wajah yang sedikit bersalah, Azzam memulakan kata,

“Raed, sebenarnya, Hot Chocolate tu bukan aku punya ! ”

Hah ?

Aku jadi terkejut, rasa macam nak tumbuk je muka Azzam tu.

Apa !!!! berani kau prank aku ?

“Chill, chill Raed ” Azzam cuba menenangkan keadaan.

Sebenarnya, Hot Chocolate tu, Nusaibah yang punya..

Mata aku terbeliak !

Kali ni aku rasa nak terajang je Azzam tu..

“Are you lying ????? ”

Ye, ye, Nusaibah adik aku !

Ha ?

Nusaibah itu adik kau ?

Cinta

Sekarang kau tahu ? Sebab apa aku sanggup duduk dengan kau ?

Even kau junior ?

Sebab ini la.

Sebab kami memang dah lama rancang nak mengikhwahkan kau !

Kata Azzam dengan nada serius.

So one day tu, kami plan this idea.

Dan tak sangka menjadi,

Syukur sangat-sangat pada Allah swt.

Mula-mula aku takut tak jadi juga,

Sebab kau ada roti.

Huh ?

Tapi dengan takdir Allah swt, roti tu berkulat.

Allah nak bagi kau hidayah Raed !

Allah dah buka pintu untuk kau.

Dah bagi kunci. Tinggal kau hendak pilih atau tak.

Raed…

Sebenarnya Nusaibah dah lama dah jadi akhwat.

Hrmm setahun yang lalu.

Sebab tulah,

kau nampak dia macam buat derkk je dengan kau kan ?

“Ha’a . ” Aku mengangguk.

“Then mesej-mesej aku selama ni ? Kenapa dia reply ? ” Aku kehairanan ?

Hahahhahahaha ! Tiba-tiba Azzam ketawa …

Aku lah Nusaibah tu….

Gulp !

Aku rasa macam nak pengsan je ?

Apa !!!!!!!!!!!!!!

Selama ni aku bermesej dengan lelaki… ?

Chill Raed, aku tak ada la kejam sangat. Sekali sekala, aku tunjukkan la mesej-mesej kau tu dekat group keluarga kami dalam facebook !

Hahahahhahaa ! Azzam ketawa lagi…

Kali ni, aku rasa betul-betul nak pengsan !

Kurang asam punya budak ! ! ! ! ! !

Siaplah kau nanti !

Aku menjerit, sambil mengejar Azzam keliling rumah.

Sempat dalam lari, Azzam kata …

“Barakallah akh Raed, Inshaa Allah, jika anta setuju, majlis akad nikah bulan depan !!!!!! ”

“Aku dah beritahu dekat mak ayah kau dah !!! ”

Ha ?

Apa mahar dia ? Jeritku ?

Mahar dia adalah …

Kau jadi ” ikhwah ” ikut usrah, thats all..

Hrmm.. Mahalnya, kataku dalam hati.

Persis Ummu Sulaim..

Aku tersenyum dan

segera menyambung larian…

“AZZAM !!!!! Jaga kau !!!!! ”

p/s : Hot Chocolate juga boleh jadi asbab hidayah Allah. Ingat, orang yang tidak pernah mengetahui betapa gelapnya jahiliyah, tidak akan merasai betapa terangnya hidayah.

Wallahualam
--------------------------------------

:) Insyaallah satu hr nnt, mesti awk akn dpt kemanisan yg cm ni jgk. Cuma syaratnya, awk kena istiqamah.

Okay? Take a good care awk. Kita doakn dr kapar ke *****. Hehe..

Malam!
00:22
25/10/2015


Friday 2 October 2015

He knows everything.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Baru2 ni, tiba2 aku terfikir. MasyaAllah, Subhanallah.  Cantiknye planning hidup aku yg Allah takdirkan.

Bermula dari sek vokasional tu lagi. Dekat situ sebenarnya aku mula nampak. Cantik je Allah plan utk aku.

Dari ke teknik, dgn result yg Alhamdulillah.  Aku masuk uitm. Honestly, aku jeles dgn dorang yg dpt sambung bidang computer/it ni. Ye lah, sbb dpt smbung sains komp, sambung network,  it. Allah.. cemburu!

Tapi... Allah tunjukkan aku, perancangan dia lebih baik. Dia lebih tahu segalanya. Alhamdulillah. Thanks to Allah.

Aku mula belajar sesuatu.
Jgn pernah cuba utk bandingkan kehidupan kau dgn org lain. Allah dah rancang, dah takdirkan segalanye di luh mahfuz lg. Keep calm dan hayati setiap nikmat yg Allah dah bg pada kau.

Moga hidup kita diredhai Allah.

Demam wehh! Setelah sekian lama x demam. >o<

16:17
2/10/15


Sunday 20 September 2015

Dear niqabis

Cerpen: "Ayah, Kenapa Tak Bagi Saya Pakai Purdah?"

Penulis / Karya Original : Muhammad Rusydi ( Rusydee Artz )

"Ayah, kenapa tak bagi saya pakai purdah? I love niqab so much!"

     Anak gadisnya yang baru daftar universiti itu mengajukan soalan yang sama sejak malam semalam. Ayahnya sejak malam tadi cuma senyum. Tapi, hari ini, nampaknya dia akan bersuara.

     "Ayah nak tanya satu soalan. Perhatikan pakaian kamu sekarang, adakah masih tidak menutup aurat?"

Anaknya menggelengkan kepala.

     "Sudah cukup asas yang wajibnya. Sudah tutup yang mana wajib tutup. Adakah ayah nak halang saya dari pakai niqab sebagaimana pakaian isteri Nabi s.a.w.?"

Ayahnya cuma tersenyum.

     "Tidak. Ayah bukan nak halang. Tidak juga menidakkan andai dikatakan purdah itu jua sunnah sebagaimana lelaki memakai serban. Sedikit pun bukan kerana hukum."

     Anaknya berpeluk tubuh, tidak puas hati.
"Habis tu?"

Ayahnya tenang.

     "Berapa ramaikah lelaki yang mengganggu kamu sampai saat ini? Seorang, dua orang atau dua puluh orang?"

Anaknya berkerut kening.

"Tidak sampai sepuluh orang."

Ayahnya bertanya lagi.

     "Dari manakah gangguan itu, realiti atau alam maya? Jujur."

Anaknya berkerut kening lagi.

     "Hmm. Jujur cuma dari alam maya. Di realiti, kadang-kadang tidak dipandang pun. Tidak diberikan perhatian pun. Anak ayah bukannya awek cun yang diseru-seru lelaki di jalanan. Yang difeewit-feewit. Ayah kenal anak ayah."

     Ayahnya tenang lagi bertanya, "Gangguan itu disebabkan gambar-gambar yang menarik mata, kan? Gambar-gambar tahap 'gambar harapan palsu', iaitu gambar edit yang menyebabkan seseorang melihatnya sambil berharap mahukannya. Sedangkan ianya bukan kamu. Jadi, gangguan datang kerana tindakan siapa, kamu atau mereka?"

Anaknya diam sejenak.

"Saya."

     Kemudian, anaknya menjawab tidak puas hati, "Apa kaitannya dengan semua ini? Salahkah saya nak pakai juga?"

     Ayahnya duduk di beranda sambil menikmati angin senja.

     "Tak salah. Ayah tak sebut tentang salah. Cuma, lihatlah pada cara, gaya dan luahan ketidakpuashatian kamu sejak semalam, cuba cerminkan kembali. Muhasabah diri kembali. Adakah begitu akhlaknya seindah pakaian yang mahu dipakai. Adakah begitu caranya tidak puas hati kamu luahkan pada ayah sendiri? Di mana adabnya?

     Bukan ayah agungkan pakaian, atau hormati tinggi melangit pakaian yang menutup muka itu, cuma ayah lebih pentingkan agama yang anak ayah bawa ini. Ayah mahu, anak ayah berperilaku dengan pakaian yang lebih indah dari pakaian niqab, iaitu pakaian akhlak. Indah akhlak kamu, sudah cukup untuk menjaga diri kamu. Bukan niqab yang sebenarnya menjaga kamu. Tapi, pembawaan diri kamu sendiri. Jalan mana yang kamu pilih. Kematangan fikiran dalam menentukan mana yang baik, mana yang tidak.

     Selagi ayah hidup, ayahlah yang bertindak sebagai niqab kamu. Ayahlah yang melindungi kamu dari lelaki-lelaki tak guna di dunia ini. Ayahlah yang tempias sahamnya andai ayah gagal kawal anak gadis sendiri. Menutup aurat yang wajib itu dituntut. Untuk melengkapinya, hati yang hitam juga perlu ditutup dari dosa-dosa. Niqabkan hati dengan agama yang mantap. Insya-Allah, selamat dunia dan akhirat. Akhir kata dari ayah, kamu nak pakai atau tidak, itu terserah. Tiada halangan dari ayah."

     Ayahnya mundur ke dapur goreng cekodok. Anaknya terkebil-kebil sendirian. Nampak macam nak menangis.

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

��Nota penulis��

Secara peribadi, penulis amat menyarankan para muslimah memakai niqab dengan sepenuh kefahaman dan tulus ikhlas niat untuk menjaga agama, maruah dirinya . Insya-Allah, Allah bantu.
----------—–-------------------------

Sedikit luahan hati. Bkn luahan sgt la cuma lebih kpd pandangan aku scara persenol.

Bila tgk peniaga2 niqab skrg ni ambil kesempatan. Jual niqab yg kain nye hitam tp jahitan lining dia tu warna warni. Nampak cantik. Tp bkn kah tujuan bniqab utk supaya kau tak dipandang?

Si pembeli pon. Tepuk dada, tanya iman.


Saturday 19 September 2015

KEep it up!

Alhamdulillah.. 

Seronok. Senyum sampai ke telinga dibuatnye.

Seriously,  sy happy awk tunaikan 'wasiat' sy. Terima kasih. Sy harap, awk pon happy. Dan moga2.. happy ini smpai ke syurga.

Keep it up awk! ^^

Seriously, i'm proud of u.
Allah... istiqamah kan dia, dan permudahkan lah dia. :)

Friend till marriage ye.. hmm.. boleh la..boleh laa. Hehe..

Catatan dr hati,
01:56
20.9.2015.


Thursday 17 September 2015

Kenapa?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihi...

Kenapa?
Kenapa mesti nak berkira dgn Allah yg telah memberikan kau macam2 nikmat?

Kenapa nak berkira 25-45 minit yang Allah bagi utk solat 5 waktu berbanding 24 jam yang kau lagha kan?

Kenapa nak bagi pelbagai alasan bila kau cuma perlukan 1-2 minit utk berzikir 99x berbanding 1-2 jam yang kau bazirkan utk scroll media sosial?

Dan kenapa masih berlengah2 utk buat kebaikan sedangkan balasan atas perkara yg kau lakukan itu akhirnya nanti akan memberikan ganjaran yg mengembirakan kau satu hari nanti?

"Lalu nikmat Allah yang mana satu yg nak kau dustakan?"

Coretan sebelum lelap.
Mungkin akan ketemu esok, mungkin juga tidak.
Wasalam.
00:11
18.9.2015.


Sunday 13 September 2015

One step closer

Bismillahirrahmanirrahim.
Jun 2013, dlm bln ni, ada satu tarikh yg mengubah hidup aku. Kalau x silap, 16 jun 2013. Pada tarikh ni, aku mula mengunakan jilbab.

Tarikh ni actually was my first day at uitm kuala tganu. So mknenye tarikh tu bmakna sebab pertama kali jejak kan kaki ke kuala tganu, pertama kali jgk lah aku mengenakan jilbab.

Allah.. x terkata perasaan tika tu. Perasaan sebak dlm seronok yg x terkata. Rasa tenang... rasa Allah tgh perhatikan dlm senyuman. Ye. Smpai mcm tu sekali perasaannye bila kau niat utk berubah.

First day menjejakkn kaki ke sini, aku risau sebab aku jd x kuat, aku takut sbb aku x kenal sesiapa. Di pagar utama, aku kenal dgn sis ni. Yes, sis sbelah aku tu. Dia yg mula2 tegur dgn mesra. Sepanjang mds tu pon, sis ni rajin senyum kt aku. Aku jd mcm dpt kekuatan. Sbb dia pon berjilbab.

Allah.. thanks for this. TeriMA kasih kerana izin kan aku berubah utk lebih dkt dgn Mu. Sikit pon aku x pernah menyesal dgn perubahan ni. Terima kasih juga, kau hadir kan sis ni utk kuat kan aku.

Perkenalan sepanjang setahun tu, Alhamdulillah cukup utk menjadikan aku kuat dan yakin yg aku x tersilap langkah.

Sis ni perkenalkan aku dgn dunia usrah. (Sesuatu yg aku x brapa gemar masa sekolah dulu.) Yes! That's me. Aku x bape suka usrah. Sis ni sedarkan aku tujuan sebenar kehidupan di dunia ini. Paling seronok, Allah pilih aku melalui sis ni utk melalui dunia dakwah dan tarbiah.


Alhamdulillah., sehingga hr ni, aku masih di jln ini. (Walaupun ada kalanye, aku futur. :'( ) Allah..

Allah.. kuatkan aku di jln yg kau telah takdirkan ni ye. Jentik kan lah ht ni bila aku ter futur. Supaya aku mmpu utk duduk di jln ini, sehingga ke nafas ku yg terakhir. :')

Kehadapan sis di atas, mai doakan akk dipermudahakan segala urusan sbb akk bnyk tlg mai.  Akk dekat kan mai dgn usrah, akk kenalkan mai dgn al mathurat, paling mai x kn lupa. Akk kenalkan mai dgn dunia dakwah dan tarbiah. Terima kasih kak. Terima kasih Allah..

Yang hina,
HambaMu.

16:09
13 sept 2015.


Friday 11 September 2015

Next step

Otak aku sedang ligat berfikir utk memulakan fasa hidup yang baru.

Padahal kerja tgh melambak atas meja ni. Iqa..iqa..

11.9.2015
17:15


Sunday 6 September 2015

👉👈

Bismillahirrahmanirrahim...
Hr ni dlm sejarah..
Tetiba ayah tanya masa breakfast td.
Kau xde pakwe ke long?
Haaa.. nasib baik time tu aku tgh mkn dgn tenang. Kalau x, tersembur nasi lemak. Terkejut tetap terkejut. Kawal tetap kena kawal. Tempat public boh. Hehe..

Aku tgk muka ayh dgn muka pelik.
Mane ade.. kenapa?
Aku tau ada bnda ayh nk ckp, tp mgkin belum masanya. Tp dia tukar topik lain. I know u man. U r my father what...

Dlm ht aku ckp, kalau ada yg istimewa  dan aku yakin dgn dia,  aku akn bwk jumpa ibu ayah. Itu je. Tp xde la luah kn td.

Itu je.. kisah hr ni.
Terkejut sgt.. dulu.. pantang sebut pakwe sikit, haa.. muka ayh lain dah. Iya lah. Anak2 ayah dh besar skrg.

Nanti lah yah. ALong harapkan hubungan yg diredhai. Itu lebih utama. PAKwe tu x penting mana masa ni. Sampai saat nya, dia akn dtg jgk nnt.

Dlm diam, along tengah planning apa yg ayah harapkan. Insyaallah..  kalau dh apa yg ayh harapakn itu satu rancangan dr Allah juga, moga Allah permudahkan.

13:16
7/9/15.


Wednesday 26 August 2015

Kahwin lagi.

26 aug 2015
22:40

Td, masa rehat aku masuk tempat solat wanita dgn penuh harapan. Harapan yg aku dpt jumpa lg dgn k.nor tu.

Tp hampa. Dia xde. Mgkin urusannya dh setel.

K.nor, moga u kuat utk hadapi ujian Allah ni. Moga Allah kurniakan syurga jugak buat akk. Dan.. mudah2an kita akn bjumpa kt syurga nanti. Insyaallah.. 

Lots of love,
Mai.


Tuesday 25 August 2015

Kahwin.

Bismillahirrahmanirrahim..
WARNING!
Post kli ni panjang.so kalau x nk baca, sila klik button x kt atas tu.

Xtau mcm mne nk mula kan cerita. Sbb perasaan aku masih berbaur2.

Kisah ni jd mse lunch td. Lps solat zohor, dlm tgh siap2 nk balik ofis, ttbe ada hamba Allah ni dtg, bg salam then salam aku. Nor namanya.

Nor: belajar kt mne?
Aku: hehe.. nmpk mcm student lg ke? Sy keje kt dpn ni.
Dia angguk.
Aku:  keje kt mne?
Nor: sy x keje. Actually i am here to apply zakat. U can speak english right?
Aku dgn muka pelik nye terus angguk. sbb dia ttbe speaking kn, Pelik la jah. muka melayu. Rupa2nye.. seorang wanita mualaf, berasal dr filipina.

MasyaAllah.. dia ckp lg, dia dh 3x ke sini sbb nk apply zakat. Walaupon dlm samar2, aku nmpk matanye berair.
Dlm ht aku trus tnye, eh dia ni nangis ke? Dan x lama lps tu, aku nmpk dia kesat air mata. Ya Allah, dia menangis!

Dia crita lg (speaking) yg dia bkahwin dgn org sini. Ada 3 org anak. Apa yg mmbuatkn aku sedih smpai aku pon mngalir jgk air mata bila dia ckp dia kna pukul dgn laki dia! Dia siap tunjuk lg kesan2 luka dia.

Ya Allah.. tersentuh ht perempuan aku. Dia crita lg yg llaki dia bru je pukul dia lg smlm. Subhanallah.. aku x tau nk kata apa. Pelukan dia td, erat sgt. Dia mcm tgh cri kekuatan. Kekuatan ats ujian Allah ni.

Aku cuma boleh balas pelukan dia tu, then bg kata2 semangat.

Yg xleh blahnye.. keep strong sis, for ur child. I know u r strong. Even i'm not married yet. Hehe.. tang tu, dia senyum.
Terlepas pulak. Tp xpe, skurang2nya aku nmpk jgk la snyuman dia. 

Xdpt nk sembang lama, sbb dh nk hbis wktu lunch time tu. Dgn berat ht nye aku minta diri.  Muka dia nmpk sikit lega. Sbb dpt mluahkn mgkin. Tgn aku dia genggam erat smbil ucap trima kasih.

Sepanjang pjlnan nk balik ofis tu, aku xhabis fikir. Apa sbnrnye yg Allah cuba smpaikan utk aku ye. Pikir punya pikir, wa dh lewat 2 minit masuk ofis!! Haha..

Cumanye, yg aku terfikir. Perkahwinan.. realitinye, semua wanita baya2 aku ni, mmg excited nk kahwin even xde calon lg. Cemburu bila ada antara kwn2 yg dh kawin. Perkahwinan ni xsentiasa manis. Bila kita pilih dia utk jd psgn kita, bmkna kita dh sedia utk terima semua baik buruk dia. Kita dh sedia nk hdapi semua pahit getir dlm bahtera perkahwinan..

Buat awk aka jodoh sy. Sy janji pd diri utk berusaha jd yg terbaik utk awk dgn persiapkan diri sblum Allah ketemukan kita. Sy pgg jnji Allah. "Perempuan yg baik tu utk llaki yg baik".

Sincerely,
Bakal penyeri awak.
Insyaallah..

25 Aug 2015.
19:20p.m.


Monday 24 August 2015

Life

Kalau lah kau tau betapa sentap nye aku bila kau ckp psl life hr tu.   ̄ˍ ̄

Hmm..


Friday 14 August 2015

#bucketList

Bismillahirrahmanirrahim.

Bucket list!
Planning aku sebelum melangkah ke alam seterusnya.

1. Menjejakkan kaki ke jepun walaupun hanya utk satu daerah.

2. Umrah. Teringin buat umrah. Nk tunaikan umrah seorang diri. Tnpa org yg aku kenal terlalu rapat.
Hampir tiap2  mlm, mse tgh buat kuih, ibu msti share bertapa seronoknye dgn mekah dgn madinah tu.
Smpai kn, aku penah ajak ibu dduk dkt sane. Either mekah or madinah.
Ibu ckp, klau nk duduk sne, g kawin dgn org sane. O_o gurau kasar ibu nii..
Org bersungguh,dia main2 pulak. Betul lah,aku teringin nk dduk dkt sne. Nk lupakn apa yg terjd kt msia ni.bwk diri la konon. Hehe..

Ibu cerita mcm2, tu yg buat kn aku bkobar2 nk g umrah.

Ok, let's plan our future. 

Utk umrah,sebelum 25 thn, klau boleh aku dh smpai.
Utk ke jepun pulak, sblum 25 thn jgk. Tp sorang! Backpackers gituu.. poyo je. Haha..

Moga Allah permudahkan. It's all about experience. 

*teringat dlu pnh pasang angan2 nk honeymoon dkt mekah. :'(

Dh la, focus on ur dream!

23:21
14/8/15
28 syawal 1436H


Wednesday 12 August 2015

Penerapan degree

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah..  seronok tgk kwn2 dpt smbung belajar. Terima kasih ya Allah. Kau pinjamkn kegembiraan buat mereka.

Bila dia tnye aku bila nk smbung degree, haa.. aku dh ready dh dgn jwpn. Agk dh. Msti akn ada yg tnye. Org ckp nk kawin kn. Sibuk tnye2 lg. Haha.. gurau2.. aku dh explain td kn. Harap kau fhm.

Bila dia tnye lg, x rse terpinggir ke bila kwn2 lain sume nye bljar lg, awk sorang je keje. Wat to do? Senyap je lah. Sama x skrip bg kt awk td? Haha..

Hmm.. tahniah awk. Tahniah semua. Aku tumpang gembira. Dh bnyk kli ckp, mgkin ni jln Allah tulis utk aku. Insyaallah.  Tahniah! :)

26 syawal 1436h
19:28


Monday 10 August 2015

Upu

Good luck to u.

Aku x kn tnya apa kau dpt n kt mana kau dpt. Tp cukup la stakat kau tau yg aku x lupa.


10.8.2015

Bismillahirrahmanirrahim.

Such a busy day. Apa lah hr ni. Dgn buat silap nye, dgn keje mlambaknye.

Xleh blah btul. Mula2 kna bising dgn miss sbb slh bg hrga. Xpe iqa.. learn from mistake.  Klau x, kau xtau pon procedure dia. Kn?

Alhamdulillah bos bkn cpt melenting, tp dia jenis yg seboleh2nya nk ank buah dia sentiasa ada improvement.  So td, dia bg tips.. supaya kami, xbuat slh lg. :)

Dan.. x mngapa... asalkan kau gembira. :')

Bila lah aku akn berhenti dr terus mcm ni. Sakit sgguh penangan bnda ni. :'(

Sabar lah.. Allah uji org yg dia syg.
Satu hari nnti, kau msti faham apa yg Allah nk bg. Sabar ye hati.

25 syawal 1436H
20:49


Saturday 8 August 2015

Kehadapan kenangan.

Bismillahirrahmanirrahim

Kehadapan kenangan,
U may go out from my life starting now.
~T_T~

Hmm.. berat nk luah, tp tu lah. Ini lah cara aku jgk slain drpd luah pdNya.

Satu...satu statusnya aku baca.
Sakit. Makin lama makin sakit. Asalnya aku fikir dia sengaja. Lama kelamaan. Mgkin mmg ni kehendak dia jgk mgkin kehendakNya.

Siapa aku utk memaksa? Siapa aku utk merayu?

Biarkan kenangan terus menjadi kenangan. Yg aku yakin ia x kn berulang.

Hati, pergilah cari kebahagian yg hakiki. Dia pon ada ckp, now, it's time for u to find ur happiness.  As u wish.

Aku akn bangun mncari kebahagiaan yg Allah ciptakan utk aku.

Ini nekad ku.

Terima kasih kenangan utk segalanya.
Perubahan ini mlalui kau. Ini xkn aku lupa.

Selamat tggal. Selamat tggal kenangan. :')

X mngapa asalkan kau gembira.


P/s: utk mkluman kau, aku dh block kau di seeeeemua media sosial. Aku xkuat.  Xperlu cari aku. Dan aku pon akn berusaha utk x cari kau.

11.25
24 syawal 1436H


Thursday 6 August 2015

Thanks to Allah.

Bismillah..
Hari ni.. setelah sekian lama aku bersama mereka, baru hari ni aku berpeluang dduk sama2 dgn crita hangat skrg.

Mula2 serius rasa malas. Ye lah, syaitan kn. Mne pnah sng dduk nk goda kita spaya x buat bnda yg baik.

Lawan! Itu je yg aku lkukan.
Alhamdulillah. Ada hikmahnye.

Ye lah, hr ni, aku jumpa ramai yg dtg, sama nk tambah ilmu, nk erat silaturrahim.

Allah... terima kasih utk jln ini. Terima kasih kerana pilih aku utk jln ini. Terima kasih kerana masih pndang aku sdgkn terlalu bnyk dosa pd diri ni.

Dan... moga satu hari, Allah beri ptunjuk pd kalian yg pernah aku syg, apetah yg aku syg.

Rabb.. gerak kn hati mereka juga ye. Aku harap kami boleh jumpa si syurga nnt. :)

00:17
7/8/15
22 syawal 1436H


Saturday 1 August 2015

KEputusan

Bismillah...

Biasanya keputusan yg keluar dr mulut ibu ayah kita tu sebenarnya adalah yg terbaik utk kita.

So, along simpan & pegang kata2 ibu. Insyaallah ini yg terbaik. As u wish.

17 syawal 1436H
1 Ogos 15.
16:57


Wednesday 15 July 2015

Kisah ramadhan 2

Alhamdulillah.. tggal sehari je lagi ramadhan nk hbis. Alhamdulillah sbb Allah bg aku peluang utk rasa ramadhan thn ni.

Xde jaminan utk kita rasa lg ramadhan thn dpn kn.

Hmm.. dh lme x buat cerpen kn.
Teringin plak nk buat ttbe.
Boleh la. Insyaallah. Skrg tgh rangka2 cte dia dlm otak. Esok lusa kluar la tu. Kot. Haha..

Rabb.. tnpa jemu, aku memohon pertolongan Mu utk mnjaga ht ini. ��
Ssguhnya kau maha mengetahui. :)

28 ramadhan 1436H
23:04
15 july 2015.


Saturday 4 July 2015

Kisah ramadhan

Bismillah...
Alhamdulillah.  Dkat sebulan dah kerja dgn kerja baru.
Mcm aku kata hr tu, duk dlm akaun dept. Sungguh! Bila teringat position skrg, aku msti snyum sendiri.

Ye la, akaun tu bkn minat aku dulu. Tp..Allah tau segala2nya.
*senyum.

Ttg ramadhan. Tggal bbrapa hr je lg ramadhan nak pergi. Betul la, jika kau hayati ramadhan tu betul2, msti sedih sbb dia dh nak pergi.

Aku terfikir. Takut x sempat nk puasa ramadhan thn dpn. Kita x tau bila kita pergi kn.

Allah.. hati ini kian kritikal. Kritikal tahap 4. Ssungguhnya Kau maha mengetahui apa yg ada dlm ht ini. Kn Allah kn? :')

Jadi, aku mohon kekuatan Mu.

Btw, tersentap dgn status one of my followers.
Xnk bercinta dgn jodoh org lain.
Motivated. 

22:29
4/7/15
16 ramadhan 1436H


Sunday 21 June 2015

Pergi...

Mlm td, mmpikn org yg aku syg pergi selamanya tggalkan aku. Tkjut pnye psl, aku tjga trus mnangis.

Aku jd tllu lemah. Trus turun dr katil, g kt ibu. Smbung nangis. Aku rse tu lah nangis yg teruk stakat ni. Klau x, xkn la ibu pon bleh tjaga kan.

Lps cte ape yg aku mmpi tu, ibu suh aku buang mmpi tu jauh2.. aku bhnti mnangis, tp msih lg sedu sedan sbb nangis yg truk tgh2 mlm. Ye la, mse tu aku tgk jam kol 2.15 pg.

Aku trus g amik bntal dlm bilik then tido dgn ibu ayah. Sgguh! Itu mmpi yg terlalu mngerikan aku.

Kesayangan...jgn pergi. Aku xsedia lg nk kehilangan kau buat selamanya.

*10 thn tu jnji kita. Tp Allah ada perancangan dia sendiri kan. :')

4ramadhan 1456H
21.06.15
16:15


Wanita, kamu kuat 💪

Bila ditimpa sesuatu, mula lah resah hati.
Ambil masa yg terlalu lama utk bangkit semula. Knapa mcm tu duhai hawa? Knapa nk biarkan ht ni terus2an sakit, marah dan kecewa dgn apa yg dh berlaku?

Kenapa ambil masa yg terlalu lama utk bangkit? Sudahlah.. xperlu mmbuang masa semata2 utk mlayan rasa kecewa yg bersarang dlm hati tu. 

Bangkit. Bangkit kerana Allah. Allah ada. Dia xpernah sekali pon mninggalkan kau. Hanya kau yg leka dgn cinta dunia shingga tinggalkan Allah.

Allah ada. Sentiasa ada. Selagi bernafas,  mnfaatkan setiap detik yg dia berikan. :')


Friday 5 June 2015

Accountant

Alhamdulillah...dipanggil kerja.
Ya Allah.. bersyukur sgt rasa.
Kali ni dkt sikit dgn umah. Xsmpai 1 jam kot. Klau x jem..

Selamat dtg ke dunia akauntan haziqah.
Teringat dgn kata2 Allah.
1 kt surah Al-Baqarah.

'Xsemestinya apa yg kmu suka itu adalah yg terbaik buat kmu. Dan x smstinya yg kmu xsuka itu xbaik bg kmu. Kamu tidak tahu, sdgkn Allah maha mngetahui'.
Ya Rabb.. sungguh. Akaun bkn la stu sbjek yg aku suka. Dpt bljar 1 sem dlu akaun pon aku dh bsyukur sbb kna amik 1 sem je. Hehe.. ye lah, Allah maha mngetahui.

Yg kdua kt surah ar-Rahman.

Ayat yg diulang2 dlm dlm surah tu.

'Maka yg mana satu nikmat2 dr tuhanmu yg hendak kmu dustakan'.

Allah.. hmbaMu ini xpernah tlepas dr mlakukan dosa. Tp kau masih lg pndg aku &berikan nikmat pd ku. :')

Alhamdulillah.
Terima kasih Allah.
Okay! #nw upin ipin.
Haks!
17:07
5.6.15


Thursday 4 June 2015

💗

Rabb.. bimbing aku dlm setiap perkara yg aku lakukan. Senyum.

Dan...kuatkan aku. It's almost 3 year ago.. tp smuanya segar lg dlm ingatan ni. ��

07:49
5.6.15


Saturday 30 May 2015

≧﹏≦ nightmare!

Haa.. xtido wktu yg slh pon. Tido lps zohor je.. dh mmpi bkn2.

Jujur ckp, spnjg aku hidup ni mmpi aku kbnykknnye jd reality. 
Cm ne boleh mmpi tserempak dgn kau dgn ppuan lain then aku leh relex cm tu je? At the same time aku dgn seseorang yg mukanya lbih kurang sama dgn kau.
Ish, ape tu?!

Harapan: itu cuma skdr mmpi. Jgn la jd dlm hidup ni. Aku x sggup nk sakit ht even..even.. hmm...


Wednesday 27 May 2015

I love u.

I love u..!
Ye ke? Sjauh mana kau cinta kn aku?
Betul sebanyak tu kau cintakan aku?
Boleh kau buktikan?

Hmm... Manis je ckp kan.
Sweet talker!
Brani kau ckp kau syg kn Allah?
Tau x yg Allah tu tau smua yg ada dlm ht kau tu?

Hmm... Duhai diri.. T_T
Mudah mengucapkan kata cinta.
Ape bnar ia lahir dr hati?
Atau skadar kata2 pmanis bicara?

Rabb... aku tau masanya kian hampir.
Aku sedar aku dh x pnya bnyk masa.
Tp... aku masih bgini.
Masih khayal dgn nikmat dunia
Masih leka dgn cinta dunia yg sementara.

I love u Allah..
Moga ia bkn skadar kata2 manis dr ku, buat Mu.


Sunday 24 May 2015

Tahniah Maizatul Haziqah!

Tahniah Maizatul Haziqah Binti Mior Murtazizan!
U r graduated! Hehe...
Rse nk mngalir air mata sbnyk air laut kt dungun tu. Amboi ayat kau nk boom je yee... Hahaa.

Bersyukur yg x terhingga uTk rasa ini.

To ibu n ayah.
Ini hdiah dr anak mu. Mgkin x seberapa. (Bkn mgkin, tp mmg x seberapa)
Tp ini usaha aku utk pstikan nama mu turut disebut di atas pentas td.

Maaf sbb degree bkn pilihan aku yg seterusnya. Insyaallah ini jlnnya.. jln ini yg aku pilih, jd stu hr nnt aku akn bktikan yg aku x tersalah pilih jln.
Insyaallah.

Coretan,
Graduan 151 Dip Office Mgmt & Tech.


Thursday 21 May 2015

Cuba utk snyum...

The one who truly loves you is the one who pushes you forward on your path to Allah and gets in your way and stops you from going backwards in life.

❗Moga masih ada sinar utk khidupan ni.
❗Moga kita mmpu jd kn ia knyataan.
❗Siapa kita? Kita tu sy dan awak.
❗Siapa awk? Satu hr nnt, kita akn sama2 tau siapa awk. Klau x di dunia ni, moga ada awak di syurga nnt.

Bawa sy g syurga Allah taw!


Saturday 2 May 2015

Dear hati...

�� Positif Pagi ��

Hati,tolonglah sabar...Air mata,tolonglah jangan keluar...Minda,tolonglah positif sahaja...Mulut,tolonglah kunci semua...Jiwa,tolonglah kuat sama...
Allah lebih tahu segalanya tentang kita

☺☺☺

Jujurlah pd diri sendiri..


Saturday 25 April 2015

Ï€_Ï€

Knapa msti mcm ni...
Knapa msti mse kau dh tolak dia dlu, skrg bru kau sibuk nk cri? -_-

Btullah, hrgai sblum trlambat.
Tp... dh terlambat smua tu..
Aku x tau apa ada dlm ht kau skrg ni.
Doa aku,moga kau bhgia. Ye. Aku yakin kau bahagia skrg :')


Sunday 19 April 2015

Trima kasih utk rasa ini taw.

بسم الله الرحمن الرحيم.       

Rabb... Trima kasih utk rasa ini.
Rasa tnpa prlu mmikirkan nk jaga ht org, tnpa prlu mreport nk kmne2, n paling pnting... tnpa prlu mletakkn sbrg prasaan pd yg x sptutnya.

Actually,  wechat aku smuanya ppuan. Mse install tu mmg dh niat, laman ni khas utk ppuan je.

Tahu apa aku dpt? Macam2...
Aku mulai kenal mcm mne prgai kaum hawa ni. Btw, the fact is umur 20+ ni adalah stage utk mngenal dri yg sbnr. Hmm...  Maaaaacam2..

N... shri klau aku x nmpk status org yg bercouple, mmg x sah. Pastinya ada. Hr ni sttus happy2 je. Rindu laa... happy dpt jumpe laa.. screen shot conv dorang pon ada.

Esok lusa pulak, crita bnci dgn prangai dia la, sedih sbb rindu la. Marah la.. bla..bla..bla...
Aipppp! Mak bkn jeles okayyy..
Tp mak bsyukur sbb Allah detikkan rasa sedar diri slps apa yg blaku. :)

Allah... I know u love me. Thanks! U still give me a chance to change. Insyaallah, i will us it wisely.  :*

Hakikatnya.. aku tenang dgn rasa ni. :')
Salam 1 rejab...

Rabb... sampai kn aku juga pmbaca post ni yg mgkin aku tau siapa dn mgkin jgk aku x tau siapa dia,  kpd ramadhan thun ini.

Aamiin...



posted by mish hazeeqa

Monday 13 April 2015

Congrates awk.. ☺

Sesuatu yg mngejutkan!
U r different...
Totally different... bkn totally spies ye. Haha...
:)
Tp kelainan awk tu, kelainan yg mmbanggakan.
Tahniah..! Sy bgga jd shbt awk.

Truskan shbt!
Keep calm n jaga hati..
Sy yakin, psti beruntung psgn awk nnt.. :')
Sy xnk ckp direct kt awk. Tkut niat awk berubah. Cm ne pon... tahniah.
Keep istiqamah! ��
Cc:MishterBear.


Wednesday 18 March 2015

Istikharah cinta

بسم الله الرحمن الرحيم...
Wak, nk tau lps istikahrah apa yg sy dpt? Lps istikharah, dia yg hdir. Hdir dlm keadaan yg mnyakitkan ht.
Apa mknenye ye... (>_<)

Bkn skli dua dia dtg dlm keadaan yg mcm tu, tp hmpir stiap kli lps istikharah.. apa mknanya ye.. Allah, i need ur help. Supaya aku x tersalah mmbuat pilihan.. ∩__∩


Sunday 22 February 2015

😢

Ya Allah..
Aku rindu aku yg dlu..
Yg mula2 dulu...
Andai mmpu aku undurkn masa..
︶︿︶

Andai aku x mmpu kmbali sprti dulu,
Sekurang2nya ya Allah, kau


Thursday 19 February 2015

Cc: yang berkenaan

Besarnya dugaan lelaki nak meminang anak dara orang.
.
Budak-budak lelaki yang cuma nak main-main, couple suka-suka, takkan lalui benda ni sebab ketidakmatangan mereka menghalang sel-sel otak mereka berhubung dari memikirkan persediaan ke arah nikah.
.
Hanya orang yang betul-betul serius akan memahami.
.
Bila betul-betul serius suka. Betul-betul nak kahwin. Andai bernasib baik jumpa mentua yang betul-betul Islamik, anda tidak akan mengalaminya. Insya-Allah.
.
Namun, jika kurang bernasib baik, lelaki akan ditanya bakal mentuanya seperti ini.
,
"Kamu kerja apa? Or masih belajar? Bila nak habis? Lama lagi? Lulusan diploma? Degree? Master or PhD?"
.
"Berapa tahun kerja?"
.
"Kerajaan or swasta?"
.
"Tetap or sementara or kontrak?"
.
"Gaji sebulan berapa?"
.
"Kerja kamu ini apa masa depannya? Ada kenaikan gaji? Ada bonus? Elaunnya bagaimana?"
.
"Pergi kerja dengan apa? Kereta? Motosikal? LRT? Tumpang kawan?"
.
"Rumah sendiri or rumah sewa? Nanti dah nikah nak tinggal mana?"
.
"Agak-agak bila nak nikah? Persediaan macam mana?"
,
"Mampu tanggung anak kami macam kami tanggung?"
.
Fuh.
.
Berpeluh sampai ke tumit nak menjawab soalan macam ni. Jika jawapan kamu adalah,
.
"Baru kerja. Bukan kerajaan. Belum dapat status tetap or berpencen. Gaji masih peringkat starting tak sampai 1.5K sebulan. Tak sure masa depan syarikat tempat kerja, maybe short-term dan kena cari kerja lain yang lebih bagus. Pergi kerja dengan motosikal. Kadang-kadang naik LRT. Cadangan nikah tak dapat buat lagi tahun ni, maybe satu dua tahun lagi. Persediaan masih dalam perancangan. Lepas nikah maybe sewa rumah flat dulu sebab dalam proses nak loan kereta. Insya-Allah mampu kot."
.
Dengan jawapan temuduga yang tak berapa nak pass macam ni, belum tentu kamu akan diterima walaupun kamu suka sama suka dengan si anak. Tu contoh yang makan gaji. Kalau yang tak ada kerja langsung camana?
.
Di mata para ibu bapa gadis, mereka nakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bila kamu jadi ibu bapa kelak, kamu juga nak pilih menantu yang terbaik. Takkan nak yang cikai-cikai, cukup-cukup makan je. Secara logiknya begitu.
.
Sebab tidak ramai ibu bapa yang betul-betul Islamik. Mereka ikut logik dan rasa tanggungjawab penuh sebagai ibu bapa sahaja.
.
Sungguh sukar untuk mencari ibu bapa yang kata,
.
"Tak kisahlah kamu kerja apa, kerja kat mana. Tak perlu keluarkan kos banyak-banyak. Cukuplah dengan apa yang kamu ada. Yang penting, kamu suka anak kami, ikhlas nak buat isteri dan kami sedia terima kamu sepenuhnya dengan seluas-luasnya hati kami. Kami alu-alukan kamu jadi keluarga kami. Welcome aboard to our big family." (senyum sampai telinga sambut kita)
.
Ada. Tapi susah. Ini realiti kehidupan modern sekarang. Tambah-tambah anak orang yang kamu nak itu berada dalam kategori orang berada atau kaya.
.
Berterus-terang dengan ketidakmampuan diri adalah cara yang terbaik. Andai ibu-bapa si gadis tidak berkenan dengan kita, tidak suka dengan kerja kita yang tidak menjamin kehidupan anak mereka, maka jalan terbaik adalah undur diri saja.
.
Bukan kerana tidak berusaha untuk dapatkan kerja yang lebih baik, tapi bukan senang juga nak dapat kerja yang bagus dengan ekonomi yang tidak begitu baik dewasa ini.
.
Solusinya, bila ibu-bapa gadis terlalu inginkan yang terbaik, andainya ia terlalu membebankan kamu untuk capai sebagaimana demand mereka. Maka, sila undur diri saja.
.
Jika mereka mahukan menantu yang terbaik. Kita juga mahukan mertua yang terbaik. Mertua yang terbaik pada kita adalah yang memahami erti hidup Islam sebenar. Tidak demand ke tahap yang kita tak mampu lakukan. Nikah tidak rumit dalam Islam.
.
Lepaskan saja anak mereka, insya-Allah pandailah orang tua mereka matchkan dengan calon yang lebih baik sebagaimana ciri-ciri menantu impian mereka.
.
Bukan enggan berusaha, tapi berjaya tu tak datang sekelip mata.
.
Nasihat saya kepada semua lelaki, sila lengkapkan diri betul-betul sebelum jalani temuduga keluarga. Biar bersedia segala sudut. Jangan pergi dengan bekal kosong dan janji manis. 
.
Aturan Allah itu terbaik. Jaminan Dia lebih baik dari jaminan kita.
.
Bagi semua yang dah bergelar tunang atau isteri, hargailah lelaki masing-masing. Kerana bina masjid suci, tak semudah kita bermimpi.
.
Mungkin juga kamu jarang melihat titisan air mata seorang lelaki demi nak jadikan kamu isteri di realiti.. 
#Fikir-fikirkn .....


Tuesday 17 February 2015

Pengharapanku..

Ya Allah.. jika dia utk ku,
Satukanlah ht kami.
Jika dia bkn utk ku,
Redhailah ht ku.
Hnya kau tmpt pengantungan ku..

Apakah dia kn ku miliki ya Rabb..?


Monday 2 February 2015

😓

Status2 kau buat aku keliru..
Sgguh!
Tp xpe.. Aku pgg jnji kau. Juga jnji2 aku.
Bila aku dh nmpk dpn mata aku sndri nnt, scara automatik aku akn pcahkn jnji2 tu..
#bolehmsg
#sabar

Ya Allah.. Hmm.. ��


Sunday 1 February 2015

Zikir..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah.. Smenjak 2 menjak ni..
Aku x rasa tenang. Rasa serabut sgt.
( •́ㅿ•̀ ) teramat sgt..

Nk dijadikm crita, mse solat mgrib kt kuala slangor td, kt dpn cermin, ada sorang hmba Allah ni dduk dpn aku. Dia tgh bersiap. Dia bru slesai solat.
Subhanallah cntik sgt. Klau aku sndri pon puji kcantikan dia.. Apatah lg llaki.

Pemakaiannya biasa. Alhamdulillah ttup aurat. Apa yg buat aku kagum+rasa sentap+sebak ialah...
Masa dia tgh siap2 dpn cermin tu.. Mulutnya x hnti2 bzikir Astagfirullah...
Nk pkai lipstik, mula dgn bismillah.
Ya Allah.. Sgguh aku tersentap.

Apa yg aku tfkir masa tu,
ya Allah.. Ini ptunjukMu.
Allah tau aku x tenang. Dia hdirkn org yg aku x sgka2.. Sis tu bzikir tenang je dpn cermin tu. Xde sikit pun terselit rasa malu nk bzikir.
Ya Allah.. :'(
Aku bsyukur.. Kau masih pndg aku.. HmbaMu yg hina ini.. :')


Thursday 15 January 2015

(´・ω・`)


15 jan 2015
Sekitar jam 10

Ayah tegur aku dh lama x tahajud..
Feeling so bad! T.T

Ya Rabb.. :'(

One in a Million...

Wednesday 14 January 2015

(⌒_⌒)


Bismillahirrahmanirrahim..

Satu hr nnt.. Sy harap kita mmpu jd mcm ni.. Jadi mcm ni, sampai ke syurga Allah.

Ya Allah.. Jodohkan aku dgn dia yg mmpu mmbimbing aku juga zuriat kami ke syurgaMu..
Aamiin..

Tuesday 6 January 2015

For u...

Siti Nurhaliza - Terbaik Bagimu (Repeat Chorus): http://youtu.be/wgSXqB7dA_Y

Serius talk!
I just wanna be the best for u..
Just for u!
��

6th jan 15...

Dear hati..
Lupakan duka lara mu..
Kembali pd tjuan yg stu..
Seeking for mardhotillah..

Kalau mmg dh tctat kau utk ku,
Akn ku usahakan yg tbaik utkmu.

Aip! Xnk nangis dh.. Babap kang.! :')
#ok

like3