Sunday 22 February 2015

😢

Ya Allah..
Aku rindu aku yg dlu..
Yg mula2 dulu...
Andai mmpu aku undurkn masa..
︶︿︶

Andai aku x mmpu kmbali sprti dulu,
Sekurang2nya ya Allah, kau


Thursday 19 February 2015

Cc: yang berkenaan

Besarnya dugaan lelaki nak meminang anak dara orang.
.
Budak-budak lelaki yang cuma nak main-main, couple suka-suka, takkan lalui benda ni sebab ketidakmatangan mereka menghalang sel-sel otak mereka berhubung dari memikirkan persediaan ke arah nikah.
.
Hanya orang yang betul-betul serius akan memahami.
.
Bila betul-betul serius suka. Betul-betul nak kahwin. Andai bernasib baik jumpa mentua yang betul-betul Islamik, anda tidak akan mengalaminya. Insya-Allah.
.
Namun, jika kurang bernasib baik, lelaki akan ditanya bakal mentuanya seperti ini.
,
"Kamu kerja apa? Or masih belajar? Bila nak habis? Lama lagi? Lulusan diploma? Degree? Master or PhD?"
.
"Berapa tahun kerja?"
.
"Kerajaan or swasta?"
.
"Tetap or sementara or kontrak?"
.
"Gaji sebulan berapa?"
.
"Kerja kamu ini apa masa depannya? Ada kenaikan gaji? Ada bonus? Elaunnya bagaimana?"
.
"Pergi kerja dengan apa? Kereta? Motosikal? LRT? Tumpang kawan?"
.
"Rumah sendiri or rumah sewa? Nanti dah nikah nak tinggal mana?"
.
"Agak-agak bila nak nikah? Persediaan macam mana?"
,
"Mampu tanggung anak kami macam kami tanggung?"
.
Fuh.
.
Berpeluh sampai ke tumit nak menjawab soalan macam ni. Jika jawapan kamu adalah,
.
"Baru kerja. Bukan kerajaan. Belum dapat status tetap or berpencen. Gaji masih peringkat starting tak sampai 1.5K sebulan. Tak sure masa depan syarikat tempat kerja, maybe short-term dan kena cari kerja lain yang lebih bagus. Pergi kerja dengan motosikal. Kadang-kadang naik LRT. Cadangan nikah tak dapat buat lagi tahun ni, maybe satu dua tahun lagi. Persediaan masih dalam perancangan. Lepas nikah maybe sewa rumah flat dulu sebab dalam proses nak loan kereta. Insya-Allah mampu kot."
.
Dengan jawapan temuduga yang tak berapa nak pass macam ni, belum tentu kamu akan diterima walaupun kamu suka sama suka dengan si anak. Tu contoh yang makan gaji. Kalau yang tak ada kerja langsung camana?
.
Di mata para ibu bapa gadis, mereka nakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bila kamu jadi ibu bapa kelak, kamu juga nak pilih menantu yang terbaik. Takkan nak yang cikai-cikai, cukup-cukup makan je. Secara logiknya begitu.
.
Sebab tidak ramai ibu bapa yang betul-betul Islamik. Mereka ikut logik dan rasa tanggungjawab penuh sebagai ibu bapa sahaja.
.
Sungguh sukar untuk mencari ibu bapa yang kata,
.
"Tak kisahlah kamu kerja apa, kerja kat mana. Tak perlu keluarkan kos banyak-banyak. Cukuplah dengan apa yang kamu ada. Yang penting, kamu suka anak kami, ikhlas nak buat isteri dan kami sedia terima kamu sepenuhnya dengan seluas-luasnya hati kami. Kami alu-alukan kamu jadi keluarga kami. Welcome aboard to our big family." (senyum sampai telinga sambut kita)
.
Ada. Tapi susah. Ini realiti kehidupan modern sekarang. Tambah-tambah anak orang yang kamu nak itu berada dalam kategori orang berada atau kaya.
.
Berterus-terang dengan ketidakmampuan diri adalah cara yang terbaik. Andai ibu-bapa si gadis tidak berkenan dengan kita, tidak suka dengan kerja kita yang tidak menjamin kehidupan anak mereka, maka jalan terbaik adalah undur diri saja.
.
Bukan kerana tidak berusaha untuk dapatkan kerja yang lebih baik, tapi bukan senang juga nak dapat kerja yang bagus dengan ekonomi yang tidak begitu baik dewasa ini.
.
Solusinya, bila ibu-bapa gadis terlalu inginkan yang terbaik, andainya ia terlalu membebankan kamu untuk capai sebagaimana demand mereka. Maka, sila undur diri saja.
.
Jika mereka mahukan menantu yang terbaik. Kita juga mahukan mertua yang terbaik. Mertua yang terbaik pada kita adalah yang memahami erti hidup Islam sebenar. Tidak demand ke tahap yang kita tak mampu lakukan. Nikah tidak rumit dalam Islam.
.
Lepaskan saja anak mereka, insya-Allah pandailah orang tua mereka matchkan dengan calon yang lebih baik sebagaimana ciri-ciri menantu impian mereka.
.
Bukan enggan berusaha, tapi berjaya tu tak datang sekelip mata.
.
Nasihat saya kepada semua lelaki, sila lengkapkan diri betul-betul sebelum jalani temuduga keluarga. Biar bersedia segala sudut. Jangan pergi dengan bekal kosong dan janji manis. 
.
Aturan Allah itu terbaik. Jaminan Dia lebih baik dari jaminan kita.
.
Bagi semua yang dah bergelar tunang atau isteri, hargailah lelaki masing-masing. Kerana bina masjid suci, tak semudah kita bermimpi.
.
Mungkin juga kamu jarang melihat titisan air mata seorang lelaki demi nak jadikan kamu isteri di realiti.. 
#Fikir-fikirkn .....


Tuesday 17 February 2015

Pengharapanku..

Ya Allah.. jika dia utk ku,
Satukanlah ht kami.
Jika dia bkn utk ku,
Redhailah ht ku.
Hnya kau tmpt pengantungan ku..

Apakah dia kn ku miliki ya Rabb..?


Monday 2 February 2015

😓

Status2 kau buat aku keliru..
Sgguh!
Tp xpe.. Aku pgg jnji kau. Juga jnji2 aku.
Bila aku dh nmpk dpn mata aku sndri nnt, scara automatik aku akn pcahkn jnji2 tu..
#bolehmsg
#sabar

Ya Allah.. Hmm.. ��


Sunday 1 February 2015

Zikir..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah.. Smenjak 2 menjak ni..
Aku x rasa tenang. Rasa serabut sgt.
( •́ㅿ•̀ ) teramat sgt..

Nk dijadikm crita, mse solat mgrib kt kuala slangor td, kt dpn cermin, ada sorang hmba Allah ni dduk dpn aku. Dia tgh bersiap. Dia bru slesai solat.
Subhanallah cntik sgt. Klau aku sndri pon puji kcantikan dia.. Apatah lg llaki.

Pemakaiannya biasa. Alhamdulillah ttup aurat. Apa yg buat aku kagum+rasa sentap+sebak ialah...
Masa dia tgh siap2 dpn cermin tu.. Mulutnya x hnti2 bzikir Astagfirullah...
Nk pkai lipstik, mula dgn bismillah.
Ya Allah.. Sgguh aku tersentap.

Apa yg aku tfkir masa tu,
ya Allah.. Ini ptunjukMu.
Allah tau aku x tenang. Dia hdirkn org yg aku x sgka2.. Sis tu bzikir tenang je dpn cermin tu. Xde sikit pun terselit rasa malu nk bzikir.
Ya Allah.. :'(
Aku bsyukur.. Kau masih pndg aku.. HmbaMu yg hina ini.. :')


like3