Sunday 20 September 2015

Dear niqabis

Cerpen: "Ayah, Kenapa Tak Bagi Saya Pakai Purdah?"

Penulis / Karya Original : Muhammad Rusydi ( Rusydee Artz )

"Ayah, kenapa tak bagi saya pakai purdah? I love niqab so much!"

     Anak gadisnya yang baru daftar universiti itu mengajukan soalan yang sama sejak malam semalam. Ayahnya sejak malam tadi cuma senyum. Tapi, hari ini, nampaknya dia akan bersuara.

     "Ayah nak tanya satu soalan. Perhatikan pakaian kamu sekarang, adakah masih tidak menutup aurat?"

Anaknya menggelengkan kepala.

     "Sudah cukup asas yang wajibnya. Sudah tutup yang mana wajib tutup. Adakah ayah nak halang saya dari pakai niqab sebagaimana pakaian isteri Nabi s.a.w.?"

Ayahnya cuma tersenyum.

     "Tidak. Ayah bukan nak halang. Tidak juga menidakkan andai dikatakan purdah itu jua sunnah sebagaimana lelaki memakai serban. Sedikit pun bukan kerana hukum."

     Anaknya berpeluk tubuh, tidak puas hati.
"Habis tu?"

Ayahnya tenang.

     "Berapa ramaikah lelaki yang mengganggu kamu sampai saat ini? Seorang, dua orang atau dua puluh orang?"

Anaknya berkerut kening.

"Tidak sampai sepuluh orang."

Ayahnya bertanya lagi.

     "Dari manakah gangguan itu, realiti atau alam maya? Jujur."

Anaknya berkerut kening lagi.

     "Hmm. Jujur cuma dari alam maya. Di realiti, kadang-kadang tidak dipandang pun. Tidak diberikan perhatian pun. Anak ayah bukannya awek cun yang diseru-seru lelaki di jalanan. Yang difeewit-feewit. Ayah kenal anak ayah."

     Ayahnya tenang lagi bertanya, "Gangguan itu disebabkan gambar-gambar yang menarik mata, kan? Gambar-gambar tahap 'gambar harapan palsu', iaitu gambar edit yang menyebabkan seseorang melihatnya sambil berharap mahukannya. Sedangkan ianya bukan kamu. Jadi, gangguan datang kerana tindakan siapa, kamu atau mereka?"

Anaknya diam sejenak.

"Saya."

     Kemudian, anaknya menjawab tidak puas hati, "Apa kaitannya dengan semua ini? Salahkah saya nak pakai juga?"

     Ayahnya duduk di beranda sambil menikmati angin senja.

     "Tak salah. Ayah tak sebut tentang salah. Cuma, lihatlah pada cara, gaya dan luahan ketidakpuashatian kamu sejak semalam, cuba cerminkan kembali. Muhasabah diri kembali. Adakah begitu akhlaknya seindah pakaian yang mahu dipakai. Adakah begitu caranya tidak puas hati kamu luahkan pada ayah sendiri? Di mana adabnya?

     Bukan ayah agungkan pakaian, atau hormati tinggi melangit pakaian yang menutup muka itu, cuma ayah lebih pentingkan agama yang anak ayah bawa ini. Ayah mahu, anak ayah berperilaku dengan pakaian yang lebih indah dari pakaian niqab, iaitu pakaian akhlak. Indah akhlak kamu, sudah cukup untuk menjaga diri kamu. Bukan niqab yang sebenarnya menjaga kamu. Tapi, pembawaan diri kamu sendiri. Jalan mana yang kamu pilih. Kematangan fikiran dalam menentukan mana yang baik, mana yang tidak.

     Selagi ayah hidup, ayahlah yang bertindak sebagai niqab kamu. Ayahlah yang melindungi kamu dari lelaki-lelaki tak guna di dunia ini. Ayahlah yang tempias sahamnya andai ayah gagal kawal anak gadis sendiri. Menutup aurat yang wajib itu dituntut. Untuk melengkapinya, hati yang hitam juga perlu ditutup dari dosa-dosa. Niqabkan hati dengan agama yang mantap. Insya-Allah, selamat dunia dan akhirat. Akhir kata dari ayah, kamu nak pakai atau tidak, itu terserah. Tiada halangan dari ayah."

     Ayahnya mundur ke dapur goreng cekodok. Anaknya terkebil-kebil sendirian. Nampak macam nak menangis.

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

��Nota penulis��

Secara peribadi, penulis amat menyarankan para muslimah memakai niqab dengan sepenuh kefahaman dan tulus ikhlas niat untuk menjaga agama, maruah dirinya . Insya-Allah, Allah bantu.
----------—–-------------------------

Sedikit luahan hati. Bkn luahan sgt la cuma lebih kpd pandangan aku scara persenol.

Bila tgk peniaga2 niqab skrg ni ambil kesempatan. Jual niqab yg kain nye hitam tp jahitan lining dia tu warna warni. Nampak cantik. Tp bkn kah tujuan bniqab utk supaya kau tak dipandang?

Si pembeli pon. Tepuk dada, tanya iman.


Saturday 19 September 2015

KEep it up!

Alhamdulillah.. 

Seronok. Senyum sampai ke telinga dibuatnye.

Seriously,  sy happy awk tunaikan 'wasiat' sy. Terima kasih. Sy harap, awk pon happy. Dan moga2.. happy ini smpai ke syurga.

Keep it up awk! ^^

Seriously, i'm proud of u.
Allah... istiqamah kan dia, dan permudahkan lah dia. :)

Friend till marriage ye.. hmm.. boleh la..boleh laa. Hehe..

Catatan dr hati,
01:56
20.9.2015.


Thursday 17 September 2015

Kenapa?

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihi...

Kenapa?
Kenapa mesti nak berkira dgn Allah yg telah memberikan kau macam2 nikmat?

Kenapa nak berkira 25-45 minit yang Allah bagi utk solat 5 waktu berbanding 24 jam yang kau lagha kan?

Kenapa nak bagi pelbagai alasan bila kau cuma perlukan 1-2 minit utk berzikir 99x berbanding 1-2 jam yang kau bazirkan utk scroll media sosial?

Dan kenapa masih berlengah2 utk buat kebaikan sedangkan balasan atas perkara yg kau lakukan itu akhirnya nanti akan memberikan ganjaran yg mengembirakan kau satu hari nanti?

"Lalu nikmat Allah yang mana satu yg nak kau dustakan?"

Coretan sebelum lelap.
Mungkin akan ketemu esok, mungkin juga tidak.
Wasalam.
00:11
18.9.2015.


Sunday 13 September 2015

One step closer

Bismillahirrahmanirrahim.
Jun 2013, dlm bln ni, ada satu tarikh yg mengubah hidup aku. Kalau x silap, 16 jun 2013. Pada tarikh ni, aku mula mengunakan jilbab.

Tarikh ni actually was my first day at uitm kuala tganu. So mknenye tarikh tu bmakna sebab pertama kali jejak kan kaki ke kuala tganu, pertama kali jgk lah aku mengenakan jilbab.

Allah.. x terkata perasaan tika tu. Perasaan sebak dlm seronok yg x terkata. Rasa tenang... rasa Allah tgh perhatikan dlm senyuman. Ye. Smpai mcm tu sekali perasaannye bila kau niat utk berubah.

First day menjejakkn kaki ke sini, aku risau sebab aku jd x kuat, aku takut sbb aku x kenal sesiapa. Di pagar utama, aku kenal dgn sis ni. Yes, sis sbelah aku tu. Dia yg mula2 tegur dgn mesra. Sepanjang mds tu pon, sis ni rajin senyum kt aku. Aku jd mcm dpt kekuatan. Sbb dia pon berjilbab.

Allah.. thanks for this. TeriMA kasih kerana izin kan aku berubah utk lebih dkt dgn Mu. Sikit pon aku x pernah menyesal dgn perubahan ni. Terima kasih juga, kau hadir kan sis ni utk kuat kan aku.

Perkenalan sepanjang setahun tu, Alhamdulillah cukup utk menjadikan aku kuat dan yakin yg aku x tersilap langkah.

Sis ni perkenalkan aku dgn dunia usrah. (Sesuatu yg aku x brapa gemar masa sekolah dulu.) Yes! That's me. Aku x bape suka usrah. Sis ni sedarkan aku tujuan sebenar kehidupan di dunia ini. Paling seronok, Allah pilih aku melalui sis ni utk melalui dunia dakwah dan tarbiah.


Alhamdulillah., sehingga hr ni, aku masih di jln ini. (Walaupun ada kalanye, aku futur. :'( ) Allah..

Allah.. kuatkan aku di jln yg kau telah takdirkan ni ye. Jentik kan lah ht ni bila aku ter futur. Supaya aku mmpu utk duduk di jln ini, sehingga ke nafas ku yg terakhir. :')

Kehadapan sis di atas, mai doakan akk dipermudahakan segala urusan sbb akk bnyk tlg mai.  Akk dekat kan mai dgn usrah, akk kenalkan mai dgn al mathurat, paling mai x kn lupa. Akk kenalkan mai dgn dunia dakwah dan tarbiah. Terima kasih kak. Terima kasih Allah..

Yang hina,
HambaMu.

16:09
13 sept 2015.


Friday 11 September 2015

Next step

Otak aku sedang ligat berfikir utk memulakan fasa hidup yang baru.

Padahal kerja tgh melambak atas meja ni. Iqa..iqa..

11.9.2015
17:15


Sunday 6 September 2015

👉👈

Bismillahirrahmanirrahim...
Hr ni dlm sejarah..
Tetiba ayah tanya masa breakfast td.
Kau xde pakwe ke long?
Haaa.. nasib baik time tu aku tgh mkn dgn tenang. Kalau x, tersembur nasi lemak. Terkejut tetap terkejut. Kawal tetap kena kawal. Tempat public boh. Hehe..

Aku tgk muka ayh dgn muka pelik.
Mane ade.. kenapa?
Aku tau ada bnda ayh nk ckp, tp mgkin belum masanya. Tp dia tukar topik lain. I know u man. U r my father what...

Dlm ht aku ckp, kalau ada yg istimewa  dan aku yakin dgn dia,  aku akn bwk jumpa ibu ayah. Itu je. Tp xde la luah kn td.

Itu je.. kisah hr ni.
Terkejut sgt.. dulu.. pantang sebut pakwe sikit, haa.. muka ayh lain dah. Iya lah. Anak2 ayah dh besar skrg.

Nanti lah yah. ALong harapkan hubungan yg diredhai. Itu lebih utama. PAKwe tu x penting mana masa ni. Sampai saat nya, dia akn dtg jgk nnt.

Dlm diam, along tengah planning apa yg ayah harapkan. Insyaallah..  kalau dh apa yg ayh harapakn itu satu rancangan dr Allah juga, moga Allah permudahkan.

13:16
7/9/15.


like3