Saturday 25 May 2013

ya Allah, aku perlukan petunjukMu..

assalamualaikum..

hati terdetik nak meluah di sini selepas mengadu kepadaNya..

maaf kan aku sebab melukakan mu. Ya, mungkin benar ego aku terlalu tinggi sehingga aku sendiri tak sedar.  
bukan niat aku untuk salah kan kau bila ni semua terjadi.. mungkin ni takdir kita.  
dan bukan juga niat ku untuk salahkan takdirNya.

cuma kini, aku berserah kepadanya. 
sabar lah hati.. mungkin ini ujian untuk kita, hadiah daripadaNya.

khabar gembira buat mu. 
Apabila kita lakukan sesuatu itu kerana Allah, yakin lah satu hari nanti, dia akan berikan sesuatu yang indah kepadamu sebagai pulangannya..
jujur, niat aku meninggalkan mu dulu hanya kerana Allah.
semoga yang indah itu akan datang buat kita satu hari nanti :)

sekarang,
 biar lah kita sama-sama menjaga hati, akhlak juga iman terutamanya. 
supaya ia menjadi istimewa buat pasangan kita nanti.

yang sudah, biar lah ia berlalu. biarkan ia menjadi pengajaran buat kita.

saat ini, aku hanya mampu berdoa kepadanya.

"ya Allah, sekiranya kau cipta kan dia untuk aku,
satukan lah hati kami hanya kerana Mu ya Allah.
damaikan lah hati ku menerima ketentuan Mu
sekiranya dia bukan untuk ku.."

"ya Allah..
Bila ini bukan masanya,
Bila ini bukan saatnya,
Jarakkan lah kami,
Pisahkan lah kami,
Agar kami jauh dari dosa,
dari perkara yang sia-sia,
Agar kami tidak mengundang murkaMu
Temukan kami dengan cinta yang Engkau redhai."

"Ya Allah,Jika aku diberi peluang untuk mencintainya...
biarkanlah cinte ini kekal dihatiku untuknya,
jika cinta itu gugur disebabkannya,aku rela cinta itu terkubur buat selamanya . . .
 amin . .

jika jodoh kita tiada, aku yakin, Allah telah sedia kan si dia yang lebih sempurna di mata mu untuk mu.,









Tuesday 14 May 2013

biar cantik di mata Allah ;)

assalamualaikum..

cerita kali ni pulak, khas untuk sahabat-sahabat yang :
1.berniat nak berhijrah
2. terdetik hati nak lakukan perubahan ke arah yg lebih baik
3. yang nak istiqamah lepas berhijrah

insyaAllah, masuk je bulan depan, aku dah genap setahun berhijrah..
sekali lagi, jutaan terima kasih aku ucap kan pada mr. H.
ye,aku yakin perkenalan kita ni ada hikmahnya.. insyaAllah..

di akui, setahun penghijrahan ni, banyak sangat halangan yang aku lalui.
tak perlu cerita kat sini lah halangan-halangan tu, biarlah dia terus tersemat di hati..(cewaah)

cuma satu, bila lakukan sesuatu niatnya ikhlas kerana Allah, insyaAllah semuanya OK!
hehe.. jangan risau sahabat, Allah akan permudah kan urusan kita nanti..

ok. sebenarnya aku nak share tips-tips bagi sahabat2 yang baru nak lakukan perubahan.

1. biasakan diri pakai stoking dengan sarung lengan bila keluar.

kalau di kira-kira la kan. takde la mahal mana pon sarung lengan tu. baru-baru ni, aku nampak sarung lengan tu ada dijual kat kedai RM2. So, why not korang beli je handsock tu. tak mahal pon kan..
alah, topup tiap2 minggu boleh je. 
Jangan nak berkira lah. untuk kebaikan kita jugak kan..

2. pakai pakaian yang longgar.

sekarang kan dah ada t-shirt muslimah. baju RM30-40 boleh beli, 
tak kan t-shirt yang mampu melindungi kita insyaAllah yang baru RM20 tu pun berat nak beli kan..
kurang kan pakai jeans. bagi la jin tu pakai seluar jeans tu. korang pakai plak seluar slack k. 
pasti kan ia nya longgar. ;)

3. cari dan sertai kumpulan usrah yang diyakini. maksudnya grup ni dibentuk hanya lah untuk berhijrah lillahitaala semata2.. 
sebabnya. syaitan tu tak kan pernah berhenti hasut kita. lagi2 kita yang baru nak berhijrah ni takut kembali balik ke jalan yang lama. 

4. bila kita sudah yakin dengan perubahan yang kita buat ni, mula lakukan perubahan dari segi penampilan.

i. mulakan dengan tudung bidang 50. lepas tu pin kan ke bawah. 
look simple but nice. right? ^^
ii. bila dah mula rasa selesa, tingkatkan kecomelan anda dengan memakai tudung bidang 60 pula. 
memang tak dinafikan, tudung bidang besar ni agak la mahal. tapi apa lah sangat kalau nak di bandingkan dengan ganjaran pahala kita sebab jaga aurat lillahitaala.. kan? ^^

Dalam pada berusaha menjaga penampilan, tips-tips atas ni masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

 kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. .

wallahua'lam.. 
semoga kita semua istiqomah dalam melakukan segala perintah Allah..

p/s: diakui, bila kita keluar g mall or mana2, mmg ada kalanya kita akan dipandang dengan pandangan
yang semacam. tapi biarkan! jangan rasa malu.
biar kita pelik kat mata manusia, tapi kita tetap comel di mata Allah. kan?



wasalam.. ;)
oh, ye.. result dah keluar, alhamdulillah walaupun xde apa yg nak dibanggakan, tapi kita tetap kena bersyukur kan..

like3