Saturday 25 May 2013

ya Allah, aku perlukan petunjukMu..

assalamualaikum..

hati terdetik nak meluah di sini selepas mengadu kepadaNya..

maaf kan aku sebab melukakan mu. Ya, mungkin benar ego aku terlalu tinggi sehingga aku sendiri tak sedar.  
bukan niat aku untuk salah kan kau bila ni semua terjadi.. mungkin ni takdir kita.  
dan bukan juga niat ku untuk salahkan takdirNya.

cuma kini, aku berserah kepadanya. 
sabar lah hati.. mungkin ini ujian untuk kita, hadiah daripadaNya.

khabar gembira buat mu. 
Apabila kita lakukan sesuatu itu kerana Allah, yakin lah satu hari nanti, dia akan berikan sesuatu yang indah kepadamu sebagai pulangannya..
jujur, niat aku meninggalkan mu dulu hanya kerana Allah.
semoga yang indah itu akan datang buat kita satu hari nanti :)

sekarang,
 biar lah kita sama-sama menjaga hati, akhlak juga iman terutamanya. 
supaya ia menjadi istimewa buat pasangan kita nanti.

yang sudah, biar lah ia berlalu. biarkan ia menjadi pengajaran buat kita.

saat ini, aku hanya mampu berdoa kepadanya.

"ya Allah, sekiranya kau cipta kan dia untuk aku,
satukan lah hati kami hanya kerana Mu ya Allah.
damaikan lah hati ku menerima ketentuan Mu
sekiranya dia bukan untuk ku.."

"ya Allah..
Bila ini bukan masanya,
Bila ini bukan saatnya,
Jarakkan lah kami,
Pisahkan lah kami,
Agar kami jauh dari dosa,
dari perkara yang sia-sia,
Agar kami tidak mengundang murkaMu
Temukan kami dengan cinta yang Engkau redhai."

"Ya Allah,Jika aku diberi peluang untuk mencintainya...
biarkanlah cinte ini kekal dihatiku untuknya,
jika cinta itu gugur disebabkannya,aku rela cinta itu terkubur buat selamanya . . .
 amin . .

jika jodoh kita tiada, aku yakin, Allah telah sedia kan si dia yang lebih sempurna di mata mu untuk mu.,









No comments:

Post a Comment

like3